Jumaat, 21 Ogos 2009

Kreativiti Dalam Konteks Seni Visual

Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual mengenai Kreativiti;

1. E. Paul Torrance (Tersohor dalam bidang/kajian kreativiti)Beliau mencadangkan Ujian IQ bukanlah satu-satunya cara mengukur daya intelektual seseorang. Beliau memperkenalkan instrumen untuk menguji tahap kreativiti sesseorang menggunakan “Torrence Test of Creative Thinking”.

2. June King McFee, mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru/mampu mengolah idea baru/lain yang lebih bermakna. Seni tidak terhad kepada hasil karya seni sahaja tetapi juga melibatkan pengalaman estetika.Seni ialah satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks budaya.

Isnin, 17 Ogos 2009

Masalah yang tak dapat diselesaikan....

Masalah? saya percaya setiap manusia di dunia ini tidak dapat lari dari masalah dan acapkali masalah itu datang dengan tidak diundang dan ada pula yang kita jemput masalah itu datang sedangkan kita cuba untuk tidak mendatangkan masalah. Masalah itu datang dalam pelbagai cara, contohnya menyiapkan kerja dalam kumpulan, ada dalam kalangan ahli kumpulan itu ada sependapat dan ada pula yang tidak, kenapa? kerana memang tidak sependapat pun.

Kerana TIDAK SEPENDAPAT itulah yang mendatangkan masalah. Masalahnya sekarang bagaimana untuk kita bersependapat untuk menyelesaikan masalah itu? Saya percaya setiap masalah itu boleh diselesaikan dengan pendapat yang berbeza tetapi setiap pendapat itu harus dipilih berasaskan pertimbangan yang telus dan rasional. Maka apabila satu pendapat itu dipersetujui automatik kita menggunakan TELUS dan RASIONAL dengan sebaiknya. Kalau tak selesai-selesai juga memang sah kita kurang menggunakan kerasionalan itu sebaiknya! Tak selesai juga pun insaflah dan bertobatlah masalah terlalu besar tu!

Konsep masalah itu terlalu meluas dan banyak pula ragamnya yang tersendiri. Putus cinta pun masalah juga tetapi boleh diubati dengan masa. Memang masalah sentiasa datang dan menyerang hati nurani kita dan kerana itu hadapilah dengan senyuman setiap masalah itu akan dapat diselesaikan jua...

..sambungan..

Masalah muncul dalam dua kategori, pertama masalah yang anda boleh selesaikan dan masalah yang tidak boleh diselesaikan langsung. Dua kategori ini amat jelas anda boleh rasai dalam kehidupan seharian. Masalah yang boleh diselesaikan kita lihat kes di mana kerja kumpulan (assignment) yang belum siap-siap sedangkan perlu menghantar pada hari itu juga. Nah, masalah betul! tentu ia akan mengundang tekanan (stress) di mana anda tak senang duduk, wajah muram, kawan tanya menghayal pula, blur dan sebagainya. Sebenarnya masalah ini akan selesai jika anda meneruskan kerja untuk menyiapkannya. mudah bukan? namun nasihat saya buatlah kerja awal-awal jangan tunggu lama-lama baru nak siapkan. Jangan 100% copy&paste kerja anda kerana itu bukanlah menampakkan hasil kerja anda yang ORIGINAL.

Masalah yang tak boleh diselesaikan pula kita lihat kanak-kanak yang dirudum malang di beberapa negara asia timur seperti Palestin. Masyarakat negara tersebut sering ditindas oleh manusia yang berkenaan, tidak bertanggungjawab sungguh. Bayangkan mereka berada di tengah-tengah medan peperangan, peluru sesat sentiasa menanti dan membunuh sesiapa sahaja yang melintasi laluannya. Kanak-kanak ini yang tidak tahu apa yang terjadi dalam dunia mereka, tanpa disedari sebutir peluru mengenai badan mereka dan terlalu parah dan sukar dirawat untuk pulihkannya kembali. Ianya menjadi masalah untuk kembali normal, lagi trauma menyerang kanak-kanak tersebut, semakin bertambah masalah tersebut dalam dirinya. Secara ringkasnya, masalah yang sangat menekan diri ialah masalah yang tak dapat diselesaikan ialah apabila kita tidak tahu bila masalah itu akan selesai..


Isnin, 27 Julai 2009